Malaysia One Stop Chess Centre...

Tuesday, June 30, 2009

Chess Master on your phone

Bagi peminat-peminat program Chess Master, kini anda boleh download secara percuma program Chess Master ke handphone anda. Sila taip url berikut pada browser handphone anda: http://www.chesszone.org/soft/mobile-chess-software.html .
Anda akan melayari website chesszone dan terus link untuk download mobile Chess Master. Sekali lagi handphone Nokia E71 tidak termasuk dalam senarai compatible mobile phone, tapi masih boleh download. Display nya sedikit kecil tapi macam biasa, Chess Master memang menarik dari sudut design.
Selamat bercatur. Ingat, jangan guna handphone semasa chess tournament.
Now, Chess Master on your hand.

Shredder Chess on your phone

Satu lagi program catur yang membolehkan kita download ke mobile phone kita  ialah Shredder Chess. Untuk download, sila taip url berikut di handphone anda: www.shredderchess.mobi dan ikut arahan seterusnya. 
Anda akan diminta untuk memilih jenis handphone anda. Malangnya, jenis handphone yang saya guna iaitu Nokia E71 tidak tersenarai. Walau bagaimanapun, saya masih boleh download program tersebut, cuma hasil layout displaynya tidak menepati ruang display Nokia E71. 
Mungkin ada antara anda yang pakar IT boleh memberi tip sekiranya handphone yang digunakan tidak tersenarai dalam senarai yang diberikan.
Sekali lagi diingatkan bahawa penggunaan handphone semasa chess tournament adalah dilarang. Lebih-lebih lagi jika handphone anda ada program catur, lagi mudah untuk arbiter suspicous.
Enjoy playing chess, any time, any place...

Sunday, June 28, 2009

Kejohanan Catur MARA Tertutup Kelantan

Persatuan Catur Melayu Kelantan (PCMK) akan menganjurkan Kejohanan Catur MARA Tertutup Kelantan pada 1hb Ogos 2009. Saya difahamkan bahawa pertandingan ini hanya khusus bagi mereka yang menetap di Kelantan atau lahir di Kelantan sahaja. Bagus jugak macam ni, barulah boleh cari jaguh catur Kelantan. Mungkin untuk mewakili PCMK bagi kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Maknanya bolehlah aku main kali ni. Masalahnya, ada ke masa nak balik Kelantan ni...

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Playing chess online via your mobile phone

Bagi mereka yang mempunyai akaun dengan chess.com, anda boleh bermain catur secara online dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Sila taip url berikut pada phone browser anda: http://chess.com/mobile dan ikut arahan yang diberikan.

Download adalah percuma, kecuali jika anda guna GPRS kenalah bayar kos GPRS. Bagi handphone yang ada kemudahan wifi, carilah yang wifi percuma.

Tapi anda kena ingat, penggunaan handphone adalah dilarang dalam Chess Tournament. Pastikan anda tidak menggunakan handphone semasa Chess Tournament.

Saturday, June 27, 2009

Friendly Match between Kastam KL & XUIA

Setelah hampir dua tahun setengah aku tak main chess, baru-baru ni (17hb Jun 2009) kawan-kawan lama aku ajak aku untuk join diaorang dalam Friendly Match antara Kastam KL dan XUIA. Ketuan pemain Kastam KL adalah bekas coach kami di UIA dulu iaitu Rizal Ahmad Kamal.
Barisan pemain yang menjayakan Friendly Match tersebut ialah seperti berikut:
Team Kastam:
1. Rizal Ahmad Kamal
2. Rosli
3. Haji Idris
4. Azizan
Team XUIA:
1. Hanif Arkurni Abas
2. Fattah
3. Rezal
4. Termizi
Permainan diadakan di perkarangan surau Kompleks Kediaman Pegawai Kastam Kelana Jaya lebih kurang bermula pada pukul 9.45 malam. Setelah dibuat undian, pemain pertama bagi XUIA diundi untuk bermain buah hitam. Maknanya, sebagai pemain keempat, aku bermain buah putih.
Keputusan permainan adalah memihak kepada XUIA dengan kemenganan 3-1. Hanya Rizal Ahmad Kamal berjaya mempertahankan maruah Kastam dengan mencapai kemenangan ke atas Hanif Arkurni. Permainan Sicilian Dragon Rizal masih berbisa yang mana Hanif telah banyak kehilangan tempo bermain hitam. Analisis secara detail ada diberikan oleh Rizal dalam blognya di sini.
Walaupun dah hampir 2 tahun setengah aku tak pegang buah catur, aku cuba bermain sebaik mungkin. Di bawah adalah permainan aku dengan checkmate pada gerakan ke 16.

1. e4 g6 2.d4 Bg7 3.Nf3 d6 4.Nc3 Nf6 5.Bc4 0-0 6.0-0 Nbd7
Sekiranya 6.... Nxe4 untuk memerangkap putih dengan cara 'fork' apabila 7.Nxe4 d5, putih boleh sacrifice bishop terlebih dahulu sebelum makan kuda di petak e4 dengan cara 7.Bxf7+ Rxf7 8.Nxe4
7.Qe2
Untuk memberi ruang pada Rook untuk parking pada petak d1. Aku tak ada idea sangat pada masa ni, cuma susun buah ala-ala serangan Morra Gambit.
7..... h6
Untuk menghalang kuda putih daripada diletakkan pada petak g5 dan seterusnya menyerang petak f7. Gerakan ini telah sedikit sebanyak melemahkan pertahanan hitam dan perlu diingat pawn pada petak g6 sekarang sudah tidak dikawal kerana pawn pada petak f7 sudah lama dipin oleh bishop putih pada petak c4.
8.Rd1
Tanpa berfikir panjang, aku meneruskan agenda Rd1. Gerakan yang lebih baik ialah 8.e5 dan kemungkinan permainan akan diteruskan begini 8.... dxe5 9.dxe5 Ng4 10.e6 Nde5 11.Rd1 Qe8 12.exf7+ Nxf7 13.Nd5 mengancam untuk Nxc7 fork antara Rook dan Queen.
8..... Qe8 9.e5 dxe5
Sekiranya hitam menggerakkan kuda f6nya pada petak h7 atau h5, ini membolehkan putih menggerakkan kudanya pada petak d5 untuk mengancam fork pada petak c7.
10.dxe5 Ng4 11.e6
Gerakan alternatif bagi putih ialah 11.Bf4 bagi menjaga pawn e5 dan seterusnya attack kuda hitam pada petak g4 dengan 12.h3. Kuda hitam pada petak g4 dah tak ada tempat nak lari.
11..... Nde5 12.exf7+ Nxf7
Jika 12.... Rxf7, permainan mungkin diteruskan begini; 13.Bxf7+ Qxf7 14.Nxe5 Nxe5 15.Bxh6 Nf3+ 16.gxf3 Bxh6 17.Rd8+ Kh7 advantage pada putih.
13.Nh4
Serangan alternatif ialah 13.Nd5 target pada pawn c7. Jika hitam defence dengan 13..... Qc6, putih main 14.Nxe7+.
13..... Kh7
Untuk mengawal pawn g6, kononnya... Gerakan yang lebih baik bagi hitam ialah 13..... Bxc3 untuk menghapuskan kuda putih yang merupakan salah satu penyerang yang baik dalam posisi sekarang dan kemudian 14..... Kg7.




Aku yang memang sukakan gerakan sacrifice, tanpa berfikir panjang, aku telah membuat keputusan untuk sacrifice kuda pada petak g6.

14.Nxg6 Kxg6

Jika 14..... Kg8 15.Nd5, variation 1) 15..... Bf5 16.Ndxe7+ Kh7 17.Nxf8+ Qxf8+ 18.Nxf5. Variation 2) 15..... Kh7 16.Qd3 advantage pada putih.

15.Bd3+

Jangan 15.Qd3+ sebab hitam boleh defence 15..... Bf5

15..... Kf6??

Blunder dalam keadaan yang sukar. Gerakan yang lebih baik ialah 15..... Kh5 16.h3 Nfe5 advantage pastinya untuk putih.

16.Nd5# Checkmate. Jarang dapat checkmate lawan dalam mana-mana tournament.

1-0

The Grand Asian Chess Challenge V; Dalam Kenangan

Dalam membelek nota-nota lama, aku terjumpa nota permainan semasa Tournament Grand Asian Chess Challenge V pada tahun 2000 yang lalu. Ada satu game yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi bersama.

Tidak sia-sia aku berlatih The Smith-Morra Gambit, rupa-rupanya ada juga 'mangsa' aku pada tournament tersebut. Berikut adalah game pada pusingan ke empat menggunakan Morra Gambit.



Pada gerakan ke 14, selepas hitam menggerakkan kuda pada petak ...Ne8, ada gerakan force mate in 7. Masa tournament manalah nampak benda-benda macam ni, tapi lepas analisis barulah jumpalah. Position selepas gerakan ke 14 adalah seperti berikut:



Nampak tak force mate in 7?

Jawapannya:

[15. Nd5+ Ke6 16.Nxe5 g6 (16...dxe5 17.Qh3+ Kd6 18.Nf6+ Ke7 19.Rxd7+ Kxf6 20.Qf5#; 16...Nxe5 17.Qh3+ Ng4 18.Qxg4+ Ke5 19.Bd4#) 17.Qh3+ f5 18.Qh4 fxe4 (18...g5 19.exf5+ Kxf5 20.Qg4+ Kxe5 21.Re1#) 19.Qh3+ Kxe5 20.f4+ exf3+ 21.Re1#]

Enjoy the game!

Training for Friendly Match against Kastam KL

Baru-baru ini, tanpa disangka-sangka aku telah dijemput oleh kawan-kawan bekas UIA dulu untuk bermain catur persahabatan dengan team Kastam KL. Untuk tidak menghampakan harapan kawan-kawan, aku menerima jemputan tersebut.

Jadi, terpaksalah aku 'warming up' dulu sebab dah hampir 3 tahun aku tak main chess. Aku pun bukalah nota-nota lama aku yang dah berhabuk atas rak. Terjumpalah satu game yang aku kira agak menarik untuk aku simpan dan jadikan kenangan.

Game tersebut adalah game pada tahun 2000 semasa tournament KL Allegro pada 23/4/2000. Aku bermain putih menentang Fauzi (aku tak ingat, tapi itu sahaja nama yang direkodkan).