Malaysia One Stop Chess Centre...

Showing posts with label Mobile Chess. Show all posts
Showing posts with label Mobile Chess. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Chess Master on your phone

Bagi peminat-peminat program Chess Master, kini anda boleh download secara percuma program Chess Master ke handphone anda. Sila taip url berikut pada browser handphone anda: http://www.chesszone.org/soft/mobile-chess-software.html .
Anda akan melayari website chesszone dan terus link untuk download mobile Chess Master. Sekali lagi handphone Nokia E71 tidak termasuk dalam senarai compatible mobile phone, tapi masih boleh download. Display nya sedikit kecil tapi macam biasa, Chess Master memang menarik dari sudut design.
Selamat bercatur. Ingat, jangan guna handphone semasa chess tournament.
Now, Chess Master on your hand.

Shredder Chess on your phone

Satu lagi program catur yang membolehkan kita download ke mobile phone kita  ialah Shredder Chess. Untuk download, sila taip url berikut di handphone anda: www.shredderchess.mobi dan ikut arahan seterusnya. 
Anda akan diminta untuk memilih jenis handphone anda. Malangnya, jenis handphone yang saya guna iaitu Nokia E71 tidak tersenarai. Walau bagaimanapun, saya masih boleh download program tersebut, cuma hasil layout displaynya tidak menepati ruang display Nokia E71. 
Mungkin ada antara anda yang pakar IT boleh memberi tip sekiranya handphone yang digunakan tidak tersenarai dalam senarai yang diberikan.
Sekali lagi diingatkan bahawa penggunaan handphone semasa chess tournament adalah dilarang. Lebih-lebih lagi jika handphone anda ada program catur, lagi mudah untuk arbiter suspicous.
Enjoy playing chess, any time, any place...

Sunday, June 28, 2009

Playing chess online via your mobile phone

Bagi mereka yang mempunyai akaun dengan chess.com, anda boleh bermain catur secara online dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Sila taip url berikut pada phone browser anda: http://chess.com/mobile dan ikut arahan yang diberikan.

Download adalah percuma, kecuali jika anda guna GPRS kenalah bayar kos GPRS. Bagi handphone yang ada kemudahan wifi, carilah yang wifi percuma.

Tapi anda kena ingat, penggunaan handphone adalah dilarang dalam Chess Tournament. Pastikan anda tidak menggunakan handphone semasa Chess Tournament.