Malaysia One Stop Chess Centre...

Saturday, June 27, 2009

Friendly Match between Kastam KL & XUIA

Setelah hampir dua tahun setengah aku tak main chess, baru-baru ni (17hb Jun 2009) kawan-kawan lama aku ajak aku untuk join diaorang dalam Friendly Match antara Kastam KL dan XUIA. Ketuan pemain Kastam KL adalah bekas coach kami di UIA dulu iaitu Rizal Ahmad Kamal.
Barisan pemain yang menjayakan Friendly Match tersebut ialah seperti berikut:
Team Kastam:
1. Rizal Ahmad Kamal
2. Rosli
3. Haji Idris
4. Azizan
Team XUIA:
1. Hanif Arkurni Abas
2. Fattah
3. Rezal
4. Termizi
Permainan diadakan di perkarangan surau Kompleks Kediaman Pegawai Kastam Kelana Jaya lebih kurang bermula pada pukul 9.45 malam. Setelah dibuat undian, pemain pertama bagi XUIA diundi untuk bermain buah hitam. Maknanya, sebagai pemain keempat, aku bermain buah putih.
Keputusan permainan adalah memihak kepada XUIA dengan kemenganan 3-1. Hanya Rizal Ahmad Kamal berjaya mempertahankan maruah Kastam dengan mencapai kemenangan ke atas Hanif Arkurni. Permainan Sicilian Dragon Rizal masih berbisa yang mana Hanif telah banyak kehilangan tempo bermain hitam. Analisis secara detail ada diberikan oleh Rizal dalam blognya di sini.
Walaupun dah hampir 2 tahun setengah aku tak pegang buah catur, aku cuba bermain sebaik mungkin. Di bawah adalah permainan aku dengan checkmate pada gerakan ke 16.

1. e4 g6 2.d4 Bg7 3.Nf3 d6 4.Nc3 Nf6 5.Bc4 0-0 6.0-0 Nbd7
Sekiranya 6.... Nxe4 untuk memerangkap putih dengan cara 'fork' apabila 7.Nxe4 d5, putih boleh sacrifice bishop terlebih dahulu sebelum makan kuda di petak e4 dengan cara 7.Bxf7+ Rxf7 8.Nxe4
7.Qe2
Untuk memberi ruang pada Rook untuk parking pada petak d1. Aku tak ada idea sangat pada masa ni, cuma susun buah ala-ala serangan Morra Gambit.
7..... h6
Untuk menghalang kuda putih daripada diletakkan pada petak g5 dan seterusnya menyerang petak f7. Gerakan ini telah sedikit sebanyak melemahkan pertahanan hitam dan perlu diingat pawn pada petak g6 sekarang sudah tidak dikawal kerana pawn pada petak f7 sudah lama dipin oleh bishop putih pada petak c4.
8.Rd1
Tanpa berfikir panjang, aku meneruskan agenda Rd1. Gerakan yang lebih baik ialah 8.e5 dan kemungkinan permainan akan diteruskan begini 8.... dxe5 9.dxe5 Ng4 10.e6 Nde5 11.Rd1 Qe8 12.exf7+ Nxf7 13.Nd5 mengancam untuk Nxc7 fork antara Rook dan Queen.
8..... Qe8 9.e5 dxe5
Sekiranya hitam menggerakkan kuda f6nya pada petak h7 atau h5, ini membolehkan putih menggerakkan kudanya pada petak d5 untuk mengancam fork pada petak c7.
10.dxe5 Ng4 11.e6
Gerakan alternatif bagi putih ialah 11.Bf4 bagi menjaga pawn e5 dan seterusnya attack kuda hitam pada petak g4 dengan 12.h3. Kuda hitam pada petak g4 dah tak ada tempat nak lari.
11..... Nde5 12.exf7+ Nxf7
Jika 12.... Rxf7, permainan mungkin diteruskan begini; 13.Bxf7+ Qxf7 14.Nxe5 Nxe5 15.Bxh6 Nf3+ 16.gxf3 Bxh6 17.Rd8+ Kh7 advantage pada putih.
13.Nh4
Serangan alternatif ialah 13.Nd5 target pada pawn c7. Jika hitam defence dengan 13..... Qc6, putih main 14.Nxe7+.
13..... Kh7
Untuk mengawal pawn g6, kononnya... Gerakan yang lebih baik bagi hitam ialah 13..... Bxc3 untuk menghapuskan kuda putih yang merupakan salah satu penyerang yang baik dalam posisi sekarang dan kemudian 14..... Kg7.




Aku yang memang sukakan gerakan sacrifice, tanpa berfikir panjang, aku telah membuat keputusan untuk sacrifice kuda pada petak g6.

14.Nxg6 Kxg6

Jika 14..... Kg8 15.Nd5, variation 1) 15..... Bf5 16.Ndxe7+ Kh7 17.Nxf8+ Qxf8+ 18.Nxf5. Variation 2) 15..... Kh7 16.Qd3 advantage pada putih.

15.Bd3+

Jangan 15.Qd3+ sebab hitam boleh defence 15..... Bf5

15..... Kf6??

Blunder dalam keadaan yang sukar. Gerakan yang lebih baik ialah 15..... Kh5 16.h3 Nfe5 advantage pastinya untuk putih.

16.Nd5# Checkmate. Jarang dapat checkmate lawan dalam mana-mana tournament.

1-0

No comments:

Post a Comment