Malaysia One Stop Chess Centre...

Saturday, June 27, 2009

Training for Friendly Match against Kastam KL

Baru-baru ini, tanpa disangka-sangka aku telah dijemput oleh kawan-kawan bekas UIA dulu untuk bermain catur persahabatan dengan team Kastam KL. Untuk tidak menghampakan harapan kawan-kawan, aku menerima jemputan tersebut.

Jadi, terpaksalah aku 'warming up' dulu sebab dah hampir 3 tahun aku tak main chess. Aku pun bukalah nota-nota lama aku yang dah berhabuk atas rak. Terjumpalah satu game yang aku kira agak menarik untuk aku simpan dan jadikan kenangan.

Game tersebut adalah game pada tahun 2000 semasa tournament KL Allegro pada 23/4/2000. Aku bermain putih menentang Fauzi (aku tak ingat, tapi itu sahaja nama yang direkodkan).

No comments:

Post a Comment